RPH PAK21

CONTOH RPH PAK 21

KAEDAH : PEMBELAJARAN BERMODULAR DAN PEMBELAJARAN TERBEZA


TAHUN      :    5

TAJUK       :     NOMBOR BULAT DAN OPERASI ASAS / WANG (Pembelajaran Bermodular)


Standard Kandungan :

1.9 Penyelesaian masalah (Nombor Bulat dan Operasi Asas)

3.5 Penyelesaian masalah (Wang)

Standard Pembelajaran :

1.9.2 Menyelesaikan masalah harian bagi operasi asas dan operasi bergabung, hasilnya dalam lingkungan 1 000 000.

3.5.1 Menyelesaikan masalah melibatkan wang dalam lingkungan RM1 000 000 dalam situasi harian.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid akan dapat :
  1. Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi bergabung dan hasilnya dalam lingkungan 1 000 000.
  2. Menyelesaikan masalah harian termasuk menggunakan pelbagai instrumen pembayaran yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagian, gabungan operasi darab dan bahagi nilai wang.

Kriteria Kejayaan

1. Murid boleh mengenal kata kunci daripada masalah harian.

2. Murid boleh menggunakan operasi matematik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah harian.

Aktiviti

Langkah 1

Permainan “Spin a Wheel” menggunakan plaform ClassTools.net.

Murid-murid berada dalam kumpulan. Seorang ahli kumpulan akan memutarkan roda sebanyak tiga kali untuk mendapatkan nilai wang yang terpapar pada roda tersebut. Dalam kumpulan murid menggunakan operasi matematik untuk mendapatkan nilai yang tertinggi. Aktiviti akan diulang dengan kumpulan lain. Kumpulan yang mempunyai nilai yang tinggi adalah pemenang.


Langkah 2: Trade-A-Problem (PAK-21)

Murid-murid berada dalam kumpulan. Setiap kumpulan diberikan kad ayat matematik.


Kumpulan 1 dan 4 : Kad A

Kumpulan 2 dan 5 : Kad B

Kumpulan 3 dan 6 : Kad C

– Murid-murid diberi ayat matematik dan perkataan untuk membina cerita. (Pembelajaran Terbeza)

Murid-murid akan berbincang dan membina soalan (cerita) berkaitan masalah harian dengan bimbingan guru. (KBAT)


Langkah 3

Gallery Walk :

Hasil kerja akan dipaparkan. Ahli-ahli kumpulan lain menyemak dan memberi pendapat (“Brain Storming”) dengan pemantauan guru.

Ahli kumpulan lain juga boleh memberikan kaedah penyelesaian lain selain yang diberikan.

Langkah 4

Murid merumuskan isi pelajaran dengan bimbingan guru.

Permainan “Spin a Wheel” diteruskan

Pentaksiran :

TP 4 :

  • Menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan nombor bulat, operasi asas dan operasi                bergabung tanpa dan dengan tanda kurung hingga1 000 000.
  • Menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan wang..

TP 5 :

  • Menyelesaikan masalah harian rutin melibatkan nombor bulat, operasi asas dan operasi bergabung tanpa dan dengan tanda kurung hingga 1 000 000. dengan pelbagai strategi.
  • Menyelesaikan masalah harian yang rutin melibatkan wang dengan pelbagai strategi

Kaedah Pentaksiran : Penulisan dan Pemerhatian

Eviden : Hasil kerja murid pada Gallery Walk 


Dalam kumpulan, ahli-ahli berbincang dan membuat satu soalan penyelesaian masalah. Soalan tersebut akan di’trade’ kepada kumpulan untuk mencari jalan penyelesaian.

Murid - murid menyelesaikan soalan daripada kumpulan lain.


Hasil dipaparkan - Gallery Walk




Comments