PROJECT BASED LEARNING (PBL)

 

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

PROJECT BASED LEARNING (PBL)

Pembelajaran Berasaskan Projek(PBL) ialah model aktiviti yang keluar daripada amalan bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu. 

Projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. 

PBL merupakan aktiviti jangka panjang yang berpusatkan murid dan disepadukan dengan isu dan amalan dunia nyata.

Melalui PBL, murid meneroka, membuat penilaian, mentafsir, dan mensintesis maklumat dengan cara yang bermakna.

LANGKAH-LANGKAH PBL



LANGKAH 1

MEMBINA SOALAN UTAMA


Membentuk soalan bersifat provokatif, terbuka dan berkaitan dengan apa yang perlu dipelajari oleh murid – memberi tujuan dan cabaran.

LANGKAH 2

SUARA PILIHAN MURID


Murid menentukan tajuk, soalan utama, sumber dan produk yang akan dihasilkan yang bermakna kepada mereka

LANGKAH 3

KEMAHIRAN ABAD KE-21


Murid bekerja secara kolaboratif, berkomunikasi dan menjana pemikiran kritis & kreatif dalam situasi sebenar.

LANGKAH 4

INKUIRI DAN INOVASI


Bimbing murid untuk membina lebih banyak soalan berdasarkan soalan utama, membuat hipotesis, dan terbuka kepada idea dan perspektif baharu.

LANGKAH 5

MAKLUM BALAS & SEMAKAN


Murid memberi pandangan berdasarkan exemplar dan rubrik untuk menambahbaik hasil produk. Pandangan daripada pakar juga digalakkan.

LANGKAH 6

PEMBENTANGAN PRODUK


Murid membentangkan produk dan membuat refleksi terhadap produk kepada audien yang autentik.


 


CONTOH-CONTOH PBL



Comments